Zeekr Malaysia umum harga Zeekr 009 Executive

oleh Qalif Latif|
Bersempena pelancaran pusat baharu Zeekr Centre KLCC, Zeekr Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi Zeekr 009 Executive, iaitu RM299,800 (atas jalan tanpa insurans). Varian ini hadir bersama pakej perlindungan komprehensif:
  • Jaminan kenderaan 5 tahun / 150,000 km

  • Jaminan bateri 8 tahun / 160,000 km

  • 1 tahun perkhidmatan berhubung (connected services) termasuk akses aplikasi Zeekr, navigasi terbina dan kemas kini perisian OTA

Zeekr 009 Ex

Bagi memudahkan pemilikan EV, setiap pembelian turut didatangkan dengan 
wallbox charger 11kW, pengecas mudah alih dan tinting solar percuma.

Zeekr 009 Executive pertama kali diperkenalkan pada Mei 2025 dengan harga pengenalan RM310,000. Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 604 km (WLTP) melalui konfigurasi motor tunggal pacuan roda hadapan, sesuai untuk pengguna yang menuntut kombinasi jarak jauh, keselesaan dan teknologi.

Zeekr 009 Ex

Model ini menampilkan kabin gaya lounge dengan sistem hiburan imersif serta seni bina keselamatan canggih, menjadikan Zeekr 009 sebagai penanda aras baharu dalam segmen MPV elektrik mewah.

Zeekr 009 Ex

Untuk maklumat lanjut, layari Zeekr Malaysia atau ikuti media sosial rasmi: Instagram (@zeekrmy), Facebook (Zeekr Malaysia), dan TikTok (@zeekrmalaysia).