Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata beliau juga akan mendapatkan taklimat lanjut sebelum membawa cadangan pembinaan pagar penghadang dan lampu jalan kepada pihak berkaitan.
“Kita difahamkan laluan ini tidak mempunyai lampu jalan dan keadaan agak gelap. Jadi, saya akan ikhtiarkan pemasangan lampu jalan bukan sahaja di kawasan ini, tetapi juga di kawasan gelap yang lain.
“Saya juga akan maklumkan perkara ini kepada menteri yang berkaitan kerana secara kebetulan saya adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Jalan Raya. Tindakan segera perlu diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengunjungi rumah nenek kepada Puteri Qisya Nur Izzat, 12, di Kampung Bohor Karang, pada Selasa.
Dalam kunjungan itu Ahmad Zahid berkata Putri Qisya akan dijadikan anak angkat Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga menjejakkan kaki ke universiti.