Zafira menjelma - kini guna platform Peugeot

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Opel Zafira suatu ketika dahulu cukup popular di Malaysia.

Ia dikatakan sebuah MPV saiz sederhana yang modern dan menjanjikan pemanduan Eropah tulen. Kemudiannya, ia dijual di bawah nama Chevrolet saebagai Nabira dan ia masih banyak kelihatan di atas jalanraya.

Antara keistimewaan Zafira/Nabira dahulu ialah keupayaannya "menyorok" tempat duduk barisan ketiga di dalam lantai.



 

 

Pada zaman itu, sistem susun atur kerusi MPV tersebut dikira mengubah terus konsep MPV dalam industri automotif global.

Opel kini dimiliki oleh Kumpulan PSA yang juga mempunyai Peugeot dan Citroen. Mungkin kerana itu Zafira baharu ini menggunakan model Peugeot Traveller dengan sedikit kelainan.

Datang dalam tiga saiz, Small dengan kepanjangan 4.60 meter, Medium sepanjang 4.95 meter dan Large yang mempunyai panjang sisi 5.30 meter dengan sembilan tempat duduk.

 

 

Varian 4X4 dikatakan akan muncul tetapi model elektrik akan hanya diperkenalkan pada tahun 2021.

Opel tidak ada ura-ura untuk kembali ke Malaysia tetapi jika anda berminat, Peugeot Malaysia ada menjual Partner.

Baca laporan pandu uji Peugeot Traveller kami di bawah.

Pandu Uji Peugeot Traveller

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan trim Astra generasi keenam yang sporti, menampilkan talaan casis spesifik serta…
Berita Global
  Harga bagi sebuah Opel Corsa-e adalah S$160,000 setiap satu dan kos yang akan ditanggung…
Berita Global
Di Eropah, ia ada dijelmakan semula sebagai Rocks-e oleh Opel sebagai tambahan ke dalam keluarga…