Yuran RM250 seorang bagi program lesen tunggang motosikal percuma di Terengganu

oleh contributor|

Kos untuk setiap peserta program lesen menunggang motosikal percuma anjuran kerajaan Terengganu di 12 institut memandu telah berjaya diturunkan kepada RM250 seorang.

Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) oleh kerajaan Terengganu juga telah menerima sambutan amat menggalakkan dengan 49,564 orang telah memohon secara dalam talian sepanjang tempoh pendaftaran dari 1 Februari hingga 1 Mac.

Walau bagaimanapun, hanya 25,000 remaja, belia dan dewasa yang telah layak dipilih untuk sertai program ini yang bakal dilancarkan esok oleh Batu Burok, Kuala Terengganu.

Di dalam satu temu bual eksklusif bersama Careta.my, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kos berpatutan bagi seorang untuk program lesen percuma itu telah berjaya dimuktamadkan hasil rundingan dengan kesemua institut memandu di lapan daerah.

Beliau mengesahkan bahawa tiada pengurangan jam atau pengecualian modul tertentu untuk yuran RM250 di bawah program ini.

“Setiap peserta di bawah LMTS adalah wajib menghadiri semua kelas dan tiada pengecualian untuk mana-mana modul,” kata Wan Sukairi.
 

 

Difahamkan bahawa kebiasaannya, kadar siling yuran untuk pakej yang ditawarkan oleh kebanyakan institut memandu di Terengganu adalah sekitar RM350 seorang iaitu termasuk kelas teori enam jam bagi peringkat Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 1 dan sesi pelajaran praktikal 16 jam di litar (KPP 2).

"Kadar istimewa ini mungkin disebabkan oleh jumlah pelajar penunggang baru yang begitu banyak setiap tahun hasil dari program kerajaan negeri ini," kata seorang penolong pengurus sebuah institut memandu di Kuala Terengganu.

Kerajaan Terengganu telah memperuntukkan RM7 juta bagi menampung 25,000 peserta untuk setiap tahun yang terdiri dari 16 hingga 40 tahun bagi tujuan perlaksanaan program lesen motosikal percuma ini.

Wan Sukairi juga menyatakan bahawa peruntukan turut meliputi kos insurans untuk para peserta sepanjang tempoh program tersebut.

Beliau menegaskan bahawa tiada wang tunai akan disalurkan kepada peserta yang terpilih.

"Setiap peserta di bawah program LMTS akan menerima baucar dengan nilai RM150 untuk KPP1 dan RM100 untuk KPP2. Ia akan diserahkan kepada institut memandu masing-masing selepas peserta menghadiri setiap peringkat kurikulum. Seterusnya, institut memandu akan mengemukakan baucar berkenaan untuk membuat tuntutan pembayaran dari Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah," katanya.

 


"Setiap peserta di bawah program LMTS akan menerima baucar dengan nilai RM150 untuk KPP1 dan RM100 untuk KPP2. Ia akan diserahkan kepada institut memandu masing-masing selepas peserta menghadiri setiap peringkat kurikulum. Seterusnya, institut memandu akan mengemukakan baucar berkenaan untuk membuat tuntutan pembayaran dari Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah," katanya.

Beliau juga memahami kebimbangan dari penggiat dan pakar keselamatan jalan raya bahawa inisiatif lesen menunggang percuma mungkin akan menghasilkan kualiti rendah dan tidak seimbang kepada pemegang lesen baru di bawah program LMTS.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan kualiti. Peserta wajib menghadiri seluruh peringkat KPP 1 dan KPP 2. Kami kini bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pejabat Daerah dan Institut Modal Insan dan Kesejahteraan Terengganu juga akan turut memantau perkembangan program ini.

"Kami telah memaklumkan kepada institusi memandu dan JPJ bahawa tidak boleh sesiapa 'ponteng' kelas dan semua penunggang pelajar harus mematuhi tahap yang baik diperlukan untuk lulus ujian menunggang," kata Wan Sukairi.

 


 


"Contohnya, jika seseorang telah gagal ujian dan dia mahu mengambil semula ujian itu, kami tidak akan tanggung bayar (ambil semula kelas dan ujian)," katanya, sambil menambah bahawa LMTS adalah bertujuan membantu rakyat dari keluarga berpendapatan rendah untuk menunggang secara sah dan mengelakkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin mengalu-alukan cabaran untuk memantau dan menilai 25,000 bakal penungggang lesen baru bagi tempoh 12 bulan akan datang.

"Kebiasaannya setiap tahun di Terengganu, hampir 20,000 orang lulus ujian lesen memandu. Ini termasuk jumlah penunggang dan pemandu baru," katanya.

Tahun lepas, tiga institut memandu di Terengganu telah memperoleh penarafan lima bintang (maksima) iaitu sebahagian daripada usaha JPJ untuk meningkatkan lagi kualiti di kalangan pengendali institut memandu dan jurulatih. 

Difahamkan, enam lagi institut memandu sedang giat untuk mendapatkan penarafan maksima tahun ini.

Walaupun begitu, Zulkarnain sedar mengenai cabaran untuk 12 institut memandu dan pegawai JPJ di Terengganu untuk menghasilkan jangkaan 100,000 pemegang lesen penunggang motosikal baru dalam tempoh empat tahun akan datang.

Ditanya bagaimana JPJ akan menghadapi cabaran itu, beliau berkata: "Kami akan menambah bilangan pegawai penilaian JPJ dan kami mungkin perlu menganjurkan ujian menunggang pada hujung minggu, kerana nampaknya akan terdapat permintaan tinggi kelak."

Penulis: Shahrim Tamrin


 

Add new comment

Careta Ad