Y’s x G-SHOCK GM-S5600YS-1 - Model kolaborasi terbaharu Casio, RM1,395

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Casio Malaysia telah melancarkan model baharu GM-S5600YS-1, model kolaborasi baharu antara jenama jam tangan tahan hentakan G-SHOCK dan Y's, oleh pereka terkenal dunia Yohji Yamamoto, menandakan ulang tahun yang ke-50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
2

Visi Yohji Yamamoto adalah menjadikan Y's jenama yang memfokuskan pada fungsi pakaian harian, melalui falsafahnya "menakluki fesyen melalui antitesis".

Sejarah pencapaian jenama G-SHOCK dalam membalikkan struktur jam tangan konvensional selaras dengan falsafah Yohji Yamamoto.

 

3

 

Seperti kebanyakan modelnya, model baharu itu hadir dengan warna yang unik, bahan, dan kemasan (CMF) dengan rekaan untuk melengkapkan fesyen dan gaya hidup peminat G-SHOCK.

GM-S5600YS-1 mempunyai bezel logam dan dilengkapi dengan jalur resin dan tambahan tersuai tempahan khas, yang

4

Jam itu direka dengan badan serba hitam, diserlahkan dengan komponen logam untuk penampilan reka bentuk yang anggun.

Setiap bahagian jam tangan digilap secara teliti dengan kemasan berbeza untuk mencapai rupa kehalusannya

 

5

 

Model kolaborasi terbaharu itu ditawarkan pada harga RM1,395, yang kini boleh didapatkan di laman sesawang E-Dagang Casio, serta di G-SHOCK Store @Lalaport, Kuala Lumpur.