YouTuber Amerika terima 18 saman video pandu uji trak

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang YouTuber Amerika Syarikat menerima 18 saman kerana video beliau menggunakan sebuah trak pikap Ram 1500 TRX melompat sebuah anak sungai.

Namun begitu, saman-saman yang diterima bukan dari polis trafik atau Jabatan Pengangkutan di sana tetapi dari Suruhanjaya Ikan dan Bot Pennsylvania (PFBC).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada YouTuber Michael Hyssong yang popular dengan saluran YouTube Street Speed 717 itu ialah:

  • Mengganggu laluan dan teduhan perairan.
  • Penyalahgunaan tanah dan peraiaran.
  • Pembuangan sampah berhampiran perairan.
  • Pencemaran perairan.

Di dalam video tersebut, Hyssong bukan hanya melompat anak sungai, tetapi beliau juga melakukan aksi donut di atas tanah dengan trak pikap tersebut.

Media-media US nampaknya tidak begitu menyokong Hyssong yang cuba menegakkan benang yang basah. 

Apa pendapat anda jika ia berlaku di Malaysia pula? 

 

 


 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Oleh itu, Sime Darby Auto Connexion dan Ford bakal menayangkan siri podcast mereka dan juga pertama…
Berita Global
Mitsubishi Motors TV, saluran rasmi Mitsubishi di YouTube telah memuat naik koleksi rakaman…
Berita Global
Pada awal bulan November, seorang YouTuber yang dikenali dengan nama Mondi telah mengambil kunci…