"Yoo no bi" - Falsafah Honda dalam reka bentuk Jazz baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Fit atau Jazz generasi keempat (G4) yang diperkenalkan di Tokyo pada Oktober 2019 menggunakan sifir berbeza daripada generasi sebelumnya.

Dari generasi kedua hingga ketiga, Jazz tampil sporti dengan garisan tajam dan bersegi. Dengan elemen tersebut, Jazz bukan sahaja diminati pelanggan kebanyakan tetapi juga penggemar kereta sporti.

Bukan sedikit Jazz diubahsuai dan model itu sendiri sering digunakan di dalam acara perlumbaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Jazz Crosstar

 

Jazz G4 sebenarnya dilihat kembali kepada formula generasi pertama (GD) iaitu reka bentuk bulat dan bersahaja. Jazz mahu kembali comel seperti generasi pertama dahulu.

Adakah formula itu salah? Sedikit sebanyak ia mempengaruhi penulis kerana sudah dibiasakan dengan imej sporti Jazz generasi kedua dan ketiga.

Menurut Honda, sewaktu mereka bentuk dan membangunkan Jazz baharu, para jurutera telah mengambil langkah berani dengan membayangkan semula model ikonik itu dari kosong.

 

Honda Jazz

 

Di dalam proses tersebut, mereka mengilhamkan sebuah idea baharu dalam segmen kompak iaitu kereta bandar yang menggabungkan kecekapan luar biasa dengan kebolehgunaan harian yang cemerlang dan bersedia untuk memenuhi keperluan pengguna moden.

Kenyataan tersebut mungkin terlalu umum namun apa yang jelas ialah Honda berpegang kepada falsafah reka bentuk baharu yang dipanggil 'Yoo no bi'.

Konsep itu bermakna menghargai kecantikan yang wujud dalam barang-barang harian yang dibentuk dari masa ke masa bagi menjadikannya lebih cantik dan ergonomik untuk digunakan mengikut tujuannya.

Dari falsafah itu maka lahirlah reka bentuk Jazz dari luar dan dalam seperti yang boleh dilihat hari ini.

 

Honda Jazz

 

Menurut pereka Jazz baharu iaitu Baek Jongkuk, beliau mahukan sebuah kereta yang ringkas dan peneman kepada pemiliknya.

"Saya mahu menghasilkan sebuah kereta yang merupakan teman baik kepada pemilik sambil memaksimumkan kebolehgunaannya. 

Saya melakukannya dengan meminimumkan ciri-ciri yang tidak perlu dan meringkaskan garisan badan bagi menghasilkan sebuah kereta dengan penampilan mesra dan segar, lengkap dengan dalaman yang selesa dan praktikal."

Apa yang dikatakan oleh Baek Jongkuk itu memang betul. Jazz baharu tampil ringkas, tiada garisan agresif dan lembut seperti Jazz generasi pertama.

 

Honda Jazz

 

Pada sisi yang lain Jazz ini membawa imej Jepun ke pentas global dan ia akan dipasarkan di Eropah dalam varian hibrid beberapa bulan sahaja lagi. 

Sementara itu adakah Jazz yang comel ini sesuai dipasarkan di negara kita? Tiada jawapan konkrit boleh diberikan kerana belum ada ura-ura bila akan dibawa masuk ke pasaran ASEAN atau tempatan.

Apa pun, tabik kepada Honda kerana mengubah kebiasaan kerana itu adalah Honda sejak dari dulu lagi

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Honda

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…