Yema Spica EV - ini baru betul Alphard untuk rakyat marhaen!

oleh Mohamad Hanif|
Hikmat meniru rekaan sememangnya telah sebati ke dalam industri automotif China, dan salah sebuah daripada model yang menarik perhatian kami adalah Yema Spica EV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Nampak macam pernah lihat, tapi di mana ya?

Yaaa, Yema Spica sebenarnya merupakan sebuah model MPV yang meniru sepenuhnya rekaan Toyota Alphard dan dilancarkan pada tahun 2015.

 


Hanya baru-baru ini pihak Yema Auto melancarkan versi elektrik sepenuh masa yang dinamakan sebagai Yema Spica EV.

Sebagai sebuah Alphard untuk rakyat marhaen, Yema Spica menampilkan rekaan luaran yang hampir serupa dengan model van paling mahal Toyota itu, dan diberikan gril tipikal untuk model EV dan set rim keluli (alah, boleh tukar kan!).

Yema Spica EV mempunyai ukuran dimensi sekitar 4,580 mm panjang, 1,730 mm lebar dan 1,850 mm tinggi dengan jarak antara roda sekitar 2,800 mm.

 


Sebagai perbandingan, Toyota Alphard generasi kedua memiliki dimensi sepanjang 4,840 mm, lebar 1,830 mm dan tinggi 1,905 mm dengan jarak antara roda yang lebih panjang, 2,950 mm.

MPV versi elektrik ini dikuasakan oleh sebuah motor elektrik yang menghasilkan 93 hp dan 180 Nm, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 48 kWh.

Ini membenarkan Yema Spica EV berjalan sejauh hampir 350 km (data NEDC) untuk sekali cas penuh.

 


Menariknya, Yema Auto turut menawarkan ciri pengecasan pantas di mana anda boleh mengecas bateri dari 30 peratus sehingga 80 peratus dalam tempoh 40 minit sahaja!

Namun, itu sahaja kecanggihan yang ada pada Yema Spica EV, ini kerana apabila anda memasuki ruang kabin, seperti memasuki ruang masa yang membawa anda kembali kepada era awal tahun 2000-an.

Skrin paparan di hadapan pemandu merupakan paparan digital warna tunggal (siap ada paparan tekanan tayar lagi!) itu sangat tidak menyenangkan mata memandang, sementara sistem audio pula adalah teknologi kuno yang menawarkan siaran radio serta slot USB untuk memainkan MP3 kegemaran.

Konsol tengah pula menempatkan butang kawalan untuk menukar posisi gear.

 


Apa yang pasti, golongan yang akan membeli Yema Spica EV ini tidak akan tertarik dengan ciri yang diperlihatkan, akan tetapi lebih kepada harga jualan yang agak murah.

Di pasaran China, Yema Spica EV dijual pada harga 109,900 yuan (RM68,630) sehingga 129,900 yuan (RM81,120).

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…