YDPA SULTAN IBRAHIM JADI PEMILIK PERTAMA DI DUNIA TERIMA HONGQI L5

oleh Firdaus Razani|
DYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Iskandar hari ini baharu sahaja menerima sebuah kenderaan mewah dari China iaitu Hongqi L5 sekaligus menjadi pemilik pertama di dunia untuk kereta tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan mewah Hongqi L5 merupakan kereta keluaran syarikat FAW Group yang menampilkan reka gaya retro yang digunakan pemimpin tertinggi China bagi acara negara serta diplomatik.

 

l5

 

Kebawah DYMM menerima penyerahan kenderaan itu berikutan pertemuan hari ini dengan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing untuk membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa.

 

l5

 

L5 merupakan model generasi kedua yang sebelum ini pernah didedahkan pada April lalu di Auto Shanghai 2023.

 

l5

 

Dari segi ukuran dimensi model itu, ia berukuran 5980 mm panjang, 2090 mm lebar, 1710 mm tinggi dan mempunyai jarak roda sehingga 3730mm.

 

l5

 

Untuk trenkuasa, L5 didatangkan dengan enjin petrol V8 4.0 liter turbocas yang menghasilkan 382 hp dan dipasangkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan serta pacuan semua roda.

 

l5

 

Penghasilan reka bentuk Hongqi L5 ini diilhamkan oleh CA770 klasik dan dijual dengan tanda harga dari 5 juta yuan di China, kira-kira RM3.3 juta jika ditukar kepada matawang tempatan.

 

 

SUMBER : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Paultan

Berita Berkenaan

Informasi
Hantaran tersebut turut berkongsikan tiga keping gambar memaparkan pengurniaan MPV Toyota Vellfire…
Berita Domestik
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola…
Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…