YB Pasir Mas 'gantikan' Myvi dengan Proton Saga kepada mangsa tebing runtuh

oleh SALINA JALIL|
Mangsa tebing Sungai Kelantan runtuh di Kampung Pohon Chelagi, Kelantan yang kehilangan kereta Perodua Myvi pada Rabu lalu menerima hadiah sebuah kereta daripada oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.


Nor Ain Ramli, 32, tidak dapat menahan sebak sejurus diberi kejutan oleh Ahmad Fadhli pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa tebing runtuh dari zon merah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Mas pada Selasa.

 

Syukur di atas pemberian ini dan saya tidak pernah terfikir akan memiliki sebuah kereta dalam masa terdekat.


"Hal ini kerana saya lebih memberikan fokus untuk menyelesaikan ansuran bulanan kereta Myvi yang masih berbaki selama empat tahun lagi," katanya.

 

Menurutnya, selepas kejadian itu dia menggunakan motosikal untuk melakukan urusan harian.

 

Katanya, jika ada urusan yang melibatkan jarak jauh dia akan meminjam kereta milik ahli keluarganya.

 

Nor Ain berkata, hadiah kereta Proton Saga itu memberikan sinar baharu buat dia, suami dan anaknya yang berusia tujuh tahun untuk menjalani kehidupan selepas ini.


 
Sebelum ini pihak media telah melaporkan seorang wanita kehilangan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian tebing Sungai Kelantan runtuh di Kampung Pohon Chelagi di Kelantan.

 

Nor Ain berkata, semua itu berlaku dengan pantas tanpa sempat dia dan suami serta anaknya berbuat apa-apa.

 

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam tempoh tersebut, sebanyak 10,380 unit kenderaan Proton telah berjaya dijual, sekaligus…
Berita Domestik
Peraduan ini boleh disertai dengan hanya menempah mana-mana model Proton baharu (Saga, Persona,…
Berita Global
Ia merupakan satu acara khusus bagi menghargai model-model kereta yang unik dari era 60-an hingga…