Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin raikan, hulur duit raya kepada 120 orang anak yatim

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin selaku organisasi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Naza Group baru-baru ini meraikan 120 orang anak-anak yatim dari Pusaat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Seri Kundang dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, bertempat di MITEC. 

Ini merupakan inisiatif tahunan syarikat konglomerat bumiputera tersebut bagi menjadikan sambutan Ramadan dan Aidilfitri lebih bermakna kepada mereka yang memerlukan. 
 


Majlis berbuka puasa turut dihadiri oleh pengasas bersama Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail sekeluarga, SM Nasarudin SM Nasimudin dan isteri Marion Caunter Abdullah, Datuk Wira SM Faisal SM  Nasimuddin serta ahli majlis tertinggi Naza Group. 

Dalam majlis tersebut, kesemua anak yatim menerima sumbangan bernilai RM70,000 berbentuk pakaian baharu, duit raya serta sumbangan berbentuk wang tunai kepada kedua-dua pusat jagaan tersebut. 
 


Menurut SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan CEO Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, "ia sudah menjadi satu tradisi bagi Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin untuk memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutama ketika bulan Ramadan.

"Menerusi program tanggungjawab sosial korporat ini, kami berharap dengan sumbangan yang diberikan bakal menjadikan Ramadan dan Syawal satu sambutan yang cukup bermakna buat mereka," tambah beliau. 
 


Sepanjang bulan Ramadan, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin telah menyumbang sebanyak RM180,000 untuk tujuan amal, dengan misi untuk membantu komuniti berasaskan tiga tunjang utama, pendidikan, pembangunan komuniti dan kesihatan. 

Naza Group percaya perniagaan bukanlah sekadar tertakluk kepada operasi dan pencapaian kewangan semata-mata, akan tetapi menyumbang semula keuntungan yang diperoleh kepada masyarakat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin berkesempatan melawat…
Berita Domestik
Pada 6 Jun yang lepas, seramai 130 orang anak yatim telah dijemput daripada empat buah rumah anak…