Yaris sudah mula ditempah (dari RM71,888)

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita mengenai UMW Toyota bakal melancarkan model Yaris minggu ini bukan lagi rahsia.

Walaupun pelancaran belum lagi dilakukan, laman web Toyota sudah memaparkan informasi mengenai model hatchback tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah beberapa pengedar Toyota sudah pun mempunyai unit uji pandu untuk Yaris.

Tiada informasi berkaitan spesifikasi teknikal model ini tetapi ia dipercayai sama dengan apa yang ada di Thailand - enjin 1.5L Dual VVT-i digabungkan dengan transmisi Super CVT-i 7-kelajuan dengan Shift Lock, sama seperti Vios terkini.

 

 

Antara ciri-ciri menarik Yaris ini ialah:

  • Meter Optitron dengan paparan LCD berwarna
  • Pendingin hawa automatik.
  • Mod pemanduan Eco dan Sport.
  • Pengesan kenderaan sisi (Blind Spot Monitor) dengan RCTA.
  • Skrin berkembar dengan fungsi DVD-AVX dan USB Mirorring.
  • Tujuh beg udara SRS.
  • Port-port pengecaj USB.
  • Kamera parkir panoramik 360-darjah.
  • Lima warna cerita sebagai pilihan (kuning citrus-mica metalik, merah mica metalik, hitam altitude, perak metalik dan putih super II).
  • Waranti lima-tahun tanpa had perbatuan.


Harga untuk Yaris bermula dari RM71,888 untuk spek J, RM77,888 untuk spek E dan RM84,888 untuk spek G. Tiada transmisi manual.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…