Yamaha YZF-R7 2022 dilancarkan - 72 hp/67 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Yamaha telah membawakan sebuah lagi model terbaharu di bawah segmen Supersport, iaitu YZF-R7 2022 bagi merapatkan jurang yang ditinggalkan antara model YZF-R3 dan model berprestij YZF-R1.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Unit enjin YZF-R7 ini diambil secara terus daripada model sports naked Yamaha MT-07, iaitu nadi 689 cc crossplane 2 (CP2) yang menghasilkan 72 hp @ 8,750 rpm dan daya kilas 67 Nm @ 6,500 rpm.

Ciri menarik yang terdapat pada enjin ini adalah crank bersudut 270 darjah yang mengakibatkan urutan pembakaran yang tidak sekata, sekaligus menawarkan not ekzos yang lebih menyerlah di mana ia menekankan pecutan yang lebih bertenaga serta pengedaran kuasa yang linear.

 


Selain daripada itu, model YZF-R7 ini turut didatangkan dengan klac slipper/assist yang pertama ditawarkan untuk model CP2, serta nisbah gear kedua yang dioptimasikan untuk tunggangan yang lebih sporti.

Turut menyumbang kepada tunggangan yang sporti adalah casis R7 yang tirus diperbuat daripada rangka keluli berkekuatan tinggi, diikuti dengan dimensi jarak antara roda, rake dan trail yang dioptimasikan untuk pengendalian yang jitu baik di dalam litar mahupun di jalan berliku.

Penggunaan rangka ini menjadikan YZF-R7 model yang memiliki hasil kerja badan paling langsing di dalam barisan Supersport Yamaha bagi mengurangkan kadar rintangan udara.

 


Sistem suspensi pula terdiri daripada fork hadapan KYB jenis terbalik bersaiz 41 mm, diikuti dengan penyerap hentak tunggal Monocross yang didatangkan dengan tetapan pra-muatan boleh laras, serta kadar redaman yang menawarkan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi yang sporti.

Sistem pemberhentian YZF-R7 ini menggunakan unit silinder induk radial Brembo, angkup empat omboh dengan cakera 298 mm berkembar di hadapan.

Yamaha YZF-R7 2022 didatangkan dengan panel instrumen LCD penuh negatif kontras tinggi yang memberikan data yang lebih mudah dibaca oleh penunggang seperti jam, posisi gear, jarak perjalanan, dan takometer.

 


Rekaan hadapan YZF-R7 ini mengambil inspirasi daripada model-model R-Series, dimulakan dengan liang kemasukan berbentuk M, serta rekaan mata berkembar yang menempatkan unit lampu LED adaptif.

Model R7 juga turut mendapat unit lampu belakang, serta lampu membelok depan dan belakang yang menggunakan LED sepenuh masa untuk pencahayaan yang berkesan untuk tunggangan waktu siang dan malam.

 


Terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu Team Yamaha Blue dan Performance Black dengan harga jualan bermula dari $8,999 (RM37,148).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yamaha SuperJet   Tidak hanya mengeluarkan motosikal atau komponen kereta, Yamaha Motor juga…