Yamaha YZF-R25M - Yamaha tengah bikin pesaing Kawasaki ZX-25R?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran model Kawasaki Ninja ZX-25R di Indonesia - motosikal suku liter yang hadir dengan enjin empat silinder sebaris - timbul pula ura-ura yang menyatakan Yamaha juga sedang membangunkan sportbike dalam segmen yang serupa. dang membangunkan sportbike dalam segmen yang serupa.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Bakal dinamakan sebagai YZF-R25M, ia juga bakal hadir dengan enjin empat silinder sebaris bersesaran 250 cc dengan abjad M membawa maksud ia akan menjadi model berorientasikan litar lumba.

Sebagai rujukan, Kawasaki Ninja ZX-25R dilengkapi dengan enjin empat silider sebaris bersesaran 249.8 cc yang menghaislkan 51 PS dan 22.9 Nm pada putaran enjin 14,500 rpm.

Selain daripada itu, ia juga hadir dengan kelengkapan yang lebih maju seperti fork upside down jenis Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) di hadapan dan penyerap hentak tunggal jenis Horizontal Back-link di belakang, serta ciri-ciri elektronik seperti Kawasaki Traction Control (KTRC), seleksi Power Mode, dan Kawasaki Quick Shifter (KQS).

 


Namun begitu, laporan daripada Iwanbanaran menyebut spekulasi model Yamaha YZF-R25M ini hadir dari para pengedar di Indonesia, di mana tiada sebarang butiran lanjut serta komen daripada pihak Yamaha itu sendiri.

Selain daripada itu, Honda juga turut dikatakan bakal membangunkan model CBR250 dengan enjin empat silinder sebaris, serta format penamaan yang menyamai model CBR1000RR-R, iaitu CBR250RR-R.

Sumber: Iwanbanaran

Berita Berkenaan

Berita Global
Enjin BLUE CORE 124 cc menghasilkan 12 ps dan 11Nm menjalani beberapa perubahan untuk rasa pecutan…
Berita Global
Enjin 155 cc SOHC dengan Blue Core dan VVA menghasilkan 15 ps pada 8,000 rpm dan 14Nm pada 6,500…
Berita Global
Yamaha turut menukar bentuk kemasukan dan daya kilas meningkat pada rpm rendah dan menambah baik…