Yamaha YZF-R25 terima lima pembaharuan - harga dari RM19,998

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baharu sahaja mengumumkan harga jualan bagi model YZF-R25 untuk pasaran Malaysia. 

Model sportbike suku liter ini masih mengekalkan enjin 249 cc parallel-twin DOHC dengan sejukan cecair, dengan kuasa dihasilkan 36 kuasa kuda dan tork maksimum 22.6 Nm.

 


Untuk model tahun 2019, pihak HLYM mendatangkan beberapa ciri menarik bagi menjadikan model ini kekal malar segar setanding dengan pesaing-pesaing terdekat, seperti:

  • Panel badan aerodinamik, menampilkan liang kemasukan udara ala YZR-M1.
  • Reka bentuk tangki bahan api dan kedudukan handlebar baharu - posisi menunggang yang lebih baik.
  • Penggunaan fork terbalik untuk prestasi, dan pengendalian yang lebih jitu dan seimbang.
  • Fairing hadapan dan windscreen yang telah dinaiktaraf prestasi aerodinamik.
  • Penggunanaan lampu LED yang lebih garang, dan panel instrumen jenis LCD. 

 


Yamaha YZF-R25 ditawarkan dalam dua warna yang menarik, iaitu Biru dan Merah, dan bakal menemui peminat bermula minggu hadapan. 

Harga jualan yang dicadangkan bermula dari RM19,998.00 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran. 

Setiap pembelian YZF-R25 akan menerima Kunci Cakera keluli tahan karat Yamaha eksklusif. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model YZF-R25 ini adalah warna Glacier White dan warna…
Berita Domestik
Kempen tersebut bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap hos sistem brek anti-kunci (ABS)…
Pelancaran Motosikal
2 warna baharu itu boleh mula didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula 23 Mac ini dengan harga…