Yamaha YZF-R25 ABS WGP 60th Anniversary di Jepun, R25 warna oren pun ada!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha YZF-R25 ABS WGP 60th Anniversary Jepun
Yamaha YZF-R25 ABS WGP 60th Anniversary Jepun
Terima kasih kepada Yamaha kerana memperkenalkan R25 yang boleh dijadikan motosikal permulaan sebelum pengguna beralih kepada motosikal lebih berkuasa.

Motosikal 250 cc adalah biasa cumanya trend reka bentuk yang mengguna semula gayaan model lebih berkuasa menjadikannya lebih menarik.

Senang kata, motosikal sport dihimpun dalam satu keluarga dengan ciri-ciri model teratas diturunkan kepada model aras mula.

Bukan sahaja untuk belajar tetapi boleh dijadikan motosikal harian atau tunggangan santai dan juga motosikal kedua. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha YZF-R25 ABS 2022 Jepun

Yamaha R25 memang popular, dijual di banyak buah negara termasuk pasaran tempatan.

Terbaru Yamaha memperkenalkan YZF-R25 ABS 2022 dengan beberapa perubahan kecil di Jepun.

Lebih menarik, YZF-R25 ABS WGP 60th Anniversary turut diperkenal dengan skema grafik yang malar segar. 

Model ini dibuat bagi memperingati ulang tahun ke-60 penglibatan Yamaha di dalam perlumbaan grand prix dan hanya 240 unit ditawarkan di Jepun.

YZF-R25 WGP sebelum ini ditawarkan di Indonesia.

Yamaha YZF-R25 ABS 2022 Jepun

YZF-R25 2022 pasaran Jepun tampil dengan enjin 249 cmyang mematuhi piawaian emisi 2020 dan masih mempunyai output sama, 35 ps pada 12,000 rpm dan tork 23 Nm pada 10,000 rpm.

Warna pula ada tiga iaitu biru dengan imej atau rasa prestasi tinggi dan hitam yang moden dengan tona gelap.

Bosan dengan warna biasa? Pengguna di Jepun ditawarkan warna oren yang katanya nampak sporti dan kasual.

Lagi ciri untuk model 2022 ialah lampu depan dan belakang LED termasuk lampu isyarat. Saiz lampu isyarat R25 Jepun nampak lebih kecil berbanding R25 pasaran lain.

Selain itu, quick shifter dijadikan sebagai kelengkapan aksesori dan pertama kali untuk R25.

Yamaha YZF-R25 ABS WGP 60th Anniversary

YZF-R25 ABS WGP 60th Anniversary pula membawakan skema warna tradisional Yamaha Racing ala YZR500 1980.

Model ini dilengkapi logo ulang tahun WGP 60, roda dan fork warna emas, suspensi belakang kuning dan tuil brek warna hitam. 

YZF-R25 menggunakan suspensi belakang hitam dan tuil brek warna perak.

Berkenaan harga, YZF-R25 ABS dijual pada 668,800 yen (RM22,423) dan 690,800 yen (RM23,161) untuk YZF-R25 ABS WGP 60th Anniversary.

Motosikal ini dipasang oleh PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Yamaha YZF-R25 2022 Jepun

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…