Yamaha YZF-R25 2026 hadir dengan dua warna baharu - Icon Blue & Mint Green

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model sportbike popularnya, Yamaha YZF-R25.

Bagi tahun 2026, YZF-R25 tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Icon Blue, warna ikonik Yamaha yang melambangkan warisan siri R, serta Mint Green, pilihan moden yang memberi sentuhan lebih berani dan unik di atas jalan raya.

Model dengan warna baharu itu akan mula tersedia di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 21 April 2026, dengan harga RM23,098 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

2

Dari segi spesifikasi, YZF-R25 masih mengekalkan enjin 249cc DOHC dua silinder selari yang mampu menghasilkan 35.4 HP pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 RPM. 

Untuk pengalaman tunggangan yang lebih lengkap, YZF-R25 dilengkapi pelbagai ciri moden seperti sistem brek ABS, lampu LED penuh.

3

Selain itu, ia turut dilengkapi Assist & Slipper Clutch (A&S) untuk penukaran gear lebih lancar, serta sokongan Y-Connect yang membolehkan ketersambungan dengan telefon pintar.

Dengan gabungan prestasi, teknologi dan gaya berinspirasikan perlumbaan, Yamaha YZF-R25 terus kekal sebagai antara pilihan utama dalam kategori motosikal sport ringan di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model YZF-R25 ini adalah warna Glacier White dan warna…
Berita Domestik
Kempen tersebut bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap hos sistem brek anti-kunci (ABS)…
Pelancaran Motosikal
2 warna baharu itu boleh mula didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula 23 Mac ini dengan harga…