Yamaha YZF-R15M Monster Energy 2023 rasmi, 600 unit, dari RM14,998

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan ketibaan model Yamaha YZF-R15M Edisi Monster Energy untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, model edisi terhad dengan liveri warna baharu ini hanya akan diproduksikan sebanyak 600 unit, dan boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula hari ini (13 Oktober 2023).

Warga "Signature M" masih lagi terus ditawarkan oleh pihak HLYM.
 

YZF


Spesifikasi masih lagi sama, di mana jentera ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal sejukan cecair 155 cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA), menghasilkan 19 hp @ 10,000 rpm dan daya kilas 14.7 Nm @ 8,500 rpm.

Selain daripada liveri Monster Energy, R15M ini juga turut dilengkapi dengan sokongan aplikasi Y-Connect, serta pelana dengan balutan bahan seakan karbon.
 

y


Ciri lain yang wujud termasuklah:
-suspensi depan jenis USD berwarna emas
-klac assist & slipper
-sistem kawalan cengkaman (TCS)
-brek cakera depan dan belakang
-sistem ABS dua saluran
-sistem penukaran gear pantas (quickshifter)
-meter digital LCD
-kapasiti tangki bahan api 11 liter
-tinggi pelana 815 mm

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan YZF-R15M Edisi Monster Energy bermula dari RM14,998, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

 

 

Boleh rujuk pautan di bawah untuk ulasan tunggang uji Yamaha YZF-R15M yang dilancarkan sebelum ini:

Baca: Tunggang Uji Yamaha YZF-R15M 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun di Eropah, pembeli di sana boleh mendapatkan pilihan jentera reraup penuh dengan sesaran…