Yamaha YZF-R15M dilancarkan untuk pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
Jentera supersport Yamaha YZF-R15M telah dilancarkan baru-baru ini dengan membawakan pelbagai ciri dan penambahbaikan yang dibuat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kuasa, ia didatangkan dengan enjin 155 cc sejukan cecair dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) menghasilkan 18.3 hp dan 14.1 Nm.
 

YZFR15M


Namun, aspek tunggangan telah ditambah baik dengan ciri-ciri seperti fork hadapan jenis terbalik (USD), kawalan cengkaman, brek cakera depan belakang dengan ABS dua saluran, serta ciri quickshifter pertama kali diperkenalkan pada model Yamaha silinder tunggal.

Selain daripada itu, Yamaha YZF-R15M ini turut mendapat rekaan reraup aerodinamik yang diinspirasikan daripada model yang lebih tinggi, dibantu dengan lampu LED, serta lampu nyalaan siang LED berkembar.
 

YZF


Untuk kemudahan penunggang, terdapat skrin paparan LCD yang boleh dioperasikan menerusi butang pada bar hendal.

Motosikal ini juga turut didatangkan dengan sokongan aplikasi peranti pintar Y-Connect menerusi sambungan Bluetooth.
 

YZF


Selain daripada model R15M, Yamaha turut menawarkan model YZF-R15 standard namun ia tidak didatangkan dengan ciri quickshifter.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Difahamkan, model edisi terhad dengan liveri warna baharu ini hanya akan diproduksikan sebanyak 600…
Telah Diuji
Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal…
Pelancaran Motosikal
Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal…