Yamaha YZF-R15 2020 dapat warna baharu - harga tidak berubah (dari RM11,988)

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motors Malaysia memperkemaskan lagi penawaran model Yamaha YZF-R15 2020 dengan dua warna baharu iaitu Race Blue dan hitam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berita baiknya, tiada sebarang perubahan harga diumumkan bermakna harga jualan bagi model YZF-R15 ini kekal pada harga bermula dari RM11,988 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

 


Berdasarkan spesifikasi, YZF-R15 dikuasakan oleh enjin 155 cc silinder tunggal dengan teknologi VVA yang menghasilkan 19.3 hp dan 15 Nm daya kilas, dengan padanan transmisi enam nisbah kelajuan serta bantuan klac slipper and assist.

Sistem suspensi R15 ini menggunakan fork hadapan teleskopik jenis terbalik manakala bahagian belakang pula menggunakan penyerap hentak jenis monoshock.

 


Secara standard, R15 datang dengan rim bersaiz 17 inci, tayar 110/80 hadapan dan 140/70 untuk bahagian belakang, tangki bahan api sebesar 11 liter serta ketinggian tempat duduk 830 mm.

Setiap pembelian YZF-R15 datang dengan jaminan 2 tahun atau perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu, serta percuma brek cakera dari Yamaha bernilai RM100.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pasaran tempatan, terdapat sehingga empat pilihan warna dan grafik eksklusif yang boleh…
Berita Domestik
Susulan itu, pihak Hong Leong Yamaha Motors mengumumkan kemaskini harga jualan baharu bagi barisan…