Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M generasi baharu dilancarkan - bermula dari RM72k (harga di Amerika)

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara WSBK yang bertempat di Laguna Seca, Yamaha mengambil kesempatan dengan melancarkan dua buah model generasi baharu superbike satu liter, iaitu YZF-R1 dan YZF-R1M.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi pandang pertama, Yamaha R1 generasi baharu tidak banyak membawakan perbezaan, nampak sama seperti model terdahulu. 

Cuma, reka bentuk fairing telah ditambah baik supaya mampu menghasilkan garisan yang lebih mengikuti bentuk sisi dan bentuk motosikal itu sendiri, selain mampu menjanjikan pergerakan 5.3 peratus lebih efisien. 

Malah, bunyi bising angin dan tekanan kepada penunggang juga mampu dikurangkan.
 


Sistem pencahayaan LED pula digunakan di segenap sudut, termasuklah lampu utama dan lampu membelok. 

Nadi utama enjin empat silinder sebaris bersesaran 998 cc itu juga turut menerima banyak perubahan, menampilkan con rod aluminium, kepala silinder, sistem ekzos titanium, suntikan bahan api, rocker arm dan juga profil camshaft serba baharu. 

Ia digandingkan dengan transmisi enam nisbah kelajuan serta ciri klac assist & slipper, manakala kawalan pendikit pula disempurnakan oleh sistem ride-by-wire
 


Yamaha YZF-R1 didatangkan dengan fork hadapan terbalik dan juga sistem monoshock di bahagian belakang, kedua-duanya oleh KYB. 

Manakala sistem brek pula tidak berubah dan masih kekal dengan cakera berkembar 320 mm hadapan dan 220 mm cakera tunggal di belakang yang digandingkan dengan sistem ABS dari Bosch. 

Teknologi Brake Control pula memudahkan penunggang memilih dua talaan brek yang diperlukan manakala teknologi Engine Brake Management pula menawarkan sehingga tiga tahap kekuatan brek enjin untuk disesuaikan. 
 


Manakala kembarnya yang lebih berkuasa, YZF-R1M yang lebih terhad unitnya hadir dengan bermacam aksesori seperti set Ohlins ERS NPX di hadapan, Ohlins Electronic Racing Suspension di belakang, panel gentian karbon dan ciri kemasukan data GPS secara standard. 

Harga jualan bagi Yamaha YZF-R1 2020 kini bermula pada harga $17,399 (RM71,563) manakala Yamaha YZF-R1M pula sedikit mahal, sekitar $26,099 (RM107,346), kedua-duanya lebih mahal berbanding model sebelumnya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Gila yang dimaksudkan ialah mereka melengkapkan motosikal LM 847 tersebut dengan enjin V8 Maserati…