Yamaha Y16ZR 'Tech Art' Doxou diperkenalkan - Terhad 5,000 unit, RM11,818

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hong Leong Yamaha Motor telah memperkenalkan satu lagi versi edisi terhad, iaitu Yamaha Y16ZR 'Tech Art' Doxou 2023 , yang ditawarkan sebanyak 5,000 unit sahaja.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Tiada perubahan pada spesifikasi lain, Y16ZR 'Tech Art' Doxou didatangkan dengan reka bentuk yang teliti dan perhatian terhadap perincian, mempamerkan gabungan sempurna inovasi, gaya dan kefungsian.

 

2

 

Sebagai model edisi terhad, ia didatangkan dengan Fender Sukan Y16ZR edisi terhad, lambang Y16ZR bersama nombor siri dan sijil khas.

Dari segi spesifikasi, ia masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal SOHC155 cc VVA yang menghasilkan 17.7 HP dan 14.4 Nm, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan.

 

3

 

Y16ZR 'Tech Art' Doxou boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara dari 8 Mei 2023, dengan harga disyorkan RM11,818.00, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, Tenere bukan sahaja merupakan motosikal pertama HLYM dengan keupayaan off-road, akan…
Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu ini, Yamaha Y15ZR SE membawakan skema warna biru baharu, diikuti dengan…
Pelancaran Motosikal
Hadir dengan gaya dan inovasi terkini, Yamaha XMax 250 2023 menampilkan rupa sporty dengan rekaan…