Yamaha Y16ZR edisi World GP 60th Anniversary, 5000 unit sahaja, harga RM11,688

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun World GP yang ke-60, Hong Leong Yamaha Motor dengan ini mengumumkan kehadiran model edisi terhad Y16ZR, di mana hanya 5,000 unit sahaja yang akan diproduksikan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Model Y16ZR edisi terhad ini didatangkan dengan liveri ikonik dengan skema warna merah dan putih, diikuti dengan rim sport berwarna emas, serta emblem ulang tahun yang ke-60 pada motosikal tersebut.

Setiap pembelian turut disertakan dengan sijil penghargaan, Tumbler Premium World GP 60th Anniversary, pin edisi terhad, serta keychain serba premium.
 

Y16ZR


Dari segi kuasa, Y16ZR edisi ulang tahun ke-60 ini didatangkan dengan enjin 155 cc VVA (Variable Valve Actuation) yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 17.7 hp @ 9,500 rpm, dan daya kilas 14.4 Nm @ 8,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dengan sistem pemetaan yang berbeza untuk setiap gear.

Model ini juga turut dilengkapi dengan sistem klac Assist/Slipper yang mampu menawarkan penukaran gear yang lebih mudah, terutama ketika menukar gear yang lebih rendah.
 

Y16ZR


Bersempena dengan pelancaran ini juga, HLYM turut melancarkan koleksi pakaian World GP 60th Anniversary yang boleh didapati di kedai dalam talian Genblu bagi mereka yang mahu memadankan penggayaan sesuai dengan motosikal edisi terhad ini.

Harga jualan bermula dari RM11,688 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…