Yamaha Y16ZR Doxou - 5,000 unit sahaja, harga dari RM11,688

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor baharu sahaja melancarkan Yamaha Y16ZR edisi DOXOU di mana penawaran ini hanya terhad kepada 5,000 unit sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama 'DOXOU' dipetik daripada perkataan Jepun Dokusou yang membawa maksud 'menjadi kreatif dan sentiasa mendahului orang lain'.

Seperti penawaran terdahulu, Yamaha Y16ZR DOXOU membawakan kemasan bertemakan warna biru dan merah, grafik yang dikemaskini, serta rim sport berwarna biru di hadapan, serta merah di bahagian belakang.

 

Y16ZR


Setiap pembelian model Y16ZR DOXOU didatangkan dengan set hadiah berupa sijil penghargaan, visor sporti yang direka secara eksklusif, serta emblem Limited Edition DOXOU.

Tidak ketinggalan, para pemilik baharu Yamaha Y16ZR Doxou turut mendapat kunci brek cakera.

Serentak dengan pelancaran model baharu ini, HLYM turut melancarkan koleksi pakaian bertemakan DOXOU di Genblue Online Shop.
 

Dozxu


Yamaha Y16ZR edisi DOXOU boleh didapati di pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 21 Oktober 2021 dengan harga bermula dari RM11,688 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

Baca: Yamaha Y16ZR 2021

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Tiada perubahan pada spesifikasi lain, Y16ZR 'Tech Art' Doxou didatangkan dengan reka bentuk yang…