Warna yang dimaksudkan terdiri daripada Glacier White, Phantom Neon atau Flaming Silver.

Dari segi spesifikasi, ia masih lagi mengekalkan penawaran daripada model terdahulu, seperti enjin silinder tunggal 155 cc dengan kuasa 17.7 hp @ 9,500 rpm dan 14.4 Nm @ 8,000 rpm dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan.
Pihak yang berminat boleh mendapatkan Y16ZR dengan warna baharu itu bermula 27 Oktober 2022 dengan harga jualan kini bermula dari RM11,118.00, tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Setiap pembelian akan disertakan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100 secara percuma.