Yamaha Y16ZR 2021 rasmi dilancarkan - bermula dari RM10,888

oleh Mohamad Hanif|
Sebentar tadi berlangsungnya pelancaran rasmi model kapcai yang ditunggu-tunggu ramai, Yamaha Y16ZR serba baharu untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Yamaha Malaysia, model Y16ZR 2021 ini akan dijual sekali dengan model Y15ZR yang telah pun berada di pasaran.

Seperti apa yang diperlihatkan pada hujung tahun yang lalu, Yamaha Y16ZR 2021 ini membawakan perubahan ketara dari segi penampilan, serta turut merangkumi aspek mekanikal motosikal moped itu sendiri.

 


Yamaha Y16ZR 2021 kini menggunakan enjin 155 cc yang sama digunakan pada model NVX 155 dan YZF-R15 yang dilengkapi dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) yang menghasilkan 17.7 hp dan 14.4 Nm daya kilas.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi enam kelajuan, dengan bantuan klac slipper & assist untuk memastikan penukaran gear yang lebih lancar.

Tidak seperti enjin terdahulu, sistem VVA ini pula dapat mengubah pemasaan injap. Injap enjin akan dibuka dan ditutup cepat ketika RPM rendah, dan dibuka serta ditutup dengan lebih lambat pada RPM tinggi.

Oleh yang demikian, enjin yang baharu ini dapat memberikan lebih kuasa pecutan pada RPM rendah serta kuasa maksima yang lebih tinggi pada RPM tinggi. Dalam istilah mudah, seseorang penunggang seakan mendapat dua enjin dalam satu.

 


Dari segi penampilan, beberapa perubahan di buat bagi menjadikan penampilan Y16ZR ini tampil lebih kemas seperti panel badan serba baharu, lampu depan LED, lampu nyalaan siang LED, dan lampu ekor LED yang direka seakan model YZF-R1.

Tangki bahan api pula adalah sebesar 5.4 liter berbanding model terdahulu (4.2 liter).

Selain daripada itu, panel meter juga kini menggunakan jenis LCD yang menunjukkan data penting seperti kelajuan motosikal, RPM, kedudukan gear, serta penggunaan bahan api.

 


Dari segi pengendalian, Y16ZR kini mendapat rangka baharu yang lebih ringan dan kuat, serta cagak enjin 4.5 mm lebih tebal, sementara sistem pemberhentian pula menerima angkup brek dua omboh dan rotor brek bersaiz 245 mm di bahagian hadapan.

Untuk pasaran Malaysia, terdapat tiga warna menarik yang ditawarkan iaitu Phantom Grey, Arrow Blue, dan Ragin Yellow.

Harga jualan bermula dari RM10,888, dan 5,000 pembeli pertama akan berpeluang mendapat key pouch dengan ukiran nombor pendaftaran yang boleh didapati secara percuma apabila mereka berkunjung ke mana-mana cawangan Royal Selangor.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu ini, Yamaha Y15ZR SE membawakan skema warna biru baharu, diikuti dengan…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…