Yamaha Y15ZR versi Ultraman - 100 unit terhad, harga RM12,688

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Khas buat para peminat superhero dari Jepun, Welly Assorted Sdn Bhd bekerjasama dengan Taigaco Sdn Bhd, pemegang lesen karakter Ultraman di Malaysia, Singapura, Filipina, Vietnam, indonesia dan Brunei melancarkan Yamaha Y15ZR versi Ultraman.

 


Model ini dipasarkan eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja dengan jumlah pengeluaran yang terhad, sebanyak 100 unit sahaja. 

Ia didatangkan dengan nombor siri khas, lencana edisi terhad, layangan warna airbrush penuh, pelindung enjin dan radiator, serta tuil klac dan brek daripada Rapido. 


Selain daripada itu, para pemilik Y15ZR Ultraman ini juga akan menerima sijil pengesahan, lencana tambahan, kemeja-T serta poskad Ultraman. 

Harga jualan rasmi pula bermula dari RM12,688 di Welly Assorted sahaja dan proses penghantaran pula akan bermula pada Julai ini.