Yamaha Y15ZR, NVX 155 edisi Doxou masuk pasaran Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Hujung minggu ini (4 Ogos) bertempat di MAEPS, Serdang akan berlangsung satu acara Karnival Yamaha Gen Blue 2019 yang akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik menanti para pemilik dan juga peminat Yamaha.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, pihak Hong Leong Yamaha Motors nampaknya telah mendedahkan satu gambar yang memberikan petunjuk bahawa mereka bakal melancarkan dua unit motosikal Sports Fashion Edition di bawah nama 'Doxou'.


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Akan Datang | 4 Ogos 2019 | MAEPS, Serdang #yamahagenblu2019

A post shared by Yamaha Motor Malaysia (@yamahamotormy) on


Untuk mereka yang tidak mengetahui, dua buah motosikal edisi Doxou ini pernah dilancarkan di Vietnam pada awal tahun ini, iaitu Yamaha Exciter 150 (Y15ZR) dan juga Yamaha NVX 155.

Edisi Doxou yang diperkenalkan tampil sedikit aneh dengan layangan warna biru matte dan diselangi dengan elemen warna copper.

Manakala rim pula hadir dengan warna hitam berjalur biru di hadapan dan di belakang pula diwarnakan biru sepenuhnya. 
 


Jika dilihat kepada spesifikasinya, Yamaha Exciter 150 dan Yamaha NVX masing-masing mengekalkan spesifikasi standard kilang tanpa sebarang perubahan mekanikal. 

Manakala harga jualan pula bermula dari 47.99 juta Dong (RM8,847) untuk Yamaha Exciter 150 Doxou dan 52.74 juta Dong untuk NVX 155 Doxou.  

Untuk pasaran Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor mengenakan harga jualan bermula dari RM8,168 untuk Yamaha Y15ZR dan RM9,998 untuk Yamaha NVX 155, kedua-duanya atas jalan tanpa insurans. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…
Pelancaran Motosikal
Difahamkan, model edisi terhad dengan liveri warna baharu ini hanya akan diproduksikan sebanyak 600…