Yamaha Y15ZR GP Limited Edition - bermula dari RM8,868

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai meraikan pasukan Yamaha MotoGP 2020, Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan sebuah lagi model edisi terhad Yamaha Y15ZR yang dilengkapi dengan liveri Monster Energy Yamaha MotoGP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rekaan liveri tersebut diinspirasikan daripada jentera YZR-M1 Monster Energy Yamaha MotoGP yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan juga Maverick Vinales pada perlumbaan MotoGP 2020.

Para pemilik juga akan turut menerima barangan eksklusif berupa Sijil Pemilikan, set jam tangan pintar eksklusif Y15ZR, serta set kunci brek cakera bernilai RM100.

 


Dari segi kuasa, Yamaha Y15ZR hadir dengan enjin sejukan cecair 150 cc yang menghasilkan 15 kuasa kuda dan daya kilas 13.8 Nm digandingkan dengan sistem transmisi lima nisbah kelajuan.

Harga jualan untuk Yamaha Y15ZR GP Limited Edition ini bermula dari RM8,868 serta boleh didapati di kesemua pengedar sah Yamaha bermula pertengahan Ogos 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu ini, Yamaha Y15ZR SE membawakan skema warna biru baharu, diikuti dengan…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…