Yamaha Y15ZR 2023 kini dengan 4 warna baharu, harga dari RM8,998

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor mengemaskini penawaran kapcai 150 cc Yamaha Y15ZR 2023 dengan empat warna baharu yang lebih ranggi.

Pembeli dan peminat Y15ZR boleh mendapatkan model tersebut dalam warna kuning, perak, hijau matte dan juga jingga.

Setiap pembelian Y15ZR dengan warna baharu ini akan dibekalkan kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.
 

Y15ZR


Spesifikasi asas kapcai ini masih lagi dikekalkan, dengan enjin silinder tunggal 150 cc patuh piawaian emisi Euro 4 menghasilkan 15.6 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 14.4 Nm @ 6,500 rpm yang dipadankan dengan transmisi lima nisbah kelajuan.

Suspensi depan menggunakan fork teleskopik sementara bahagian belakang pula disokong dengan lengan ayun.

Kedua-dua roda didatangkan dengan sistem brek cakera.
 

Y15ZR


Ketinggian pelana adalah sekitar 796 mm sementara kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 4.2 liter.

Harga jualan Yamaha Y15ZR 2023 bermula dari RM8,998, tidak termasuk pendaftaran dan insurans. Ini menjadikan harga Y15ZR dengan warna baharu ini sedikit mahal berbanding penawaran terdahulu (RM8,498).

Yamaha Y15ZR baharu ini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula 7 Disember 2022.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Pelancaran itu berlangsung sempena Yamaha Automatic World Roadshow yang diadakan di Mayang Mall,…
Pelancaran Motosikal
Antara pembaharuan utama yang ditawarkan oleh TMAX Tech Max 2025 termasuk: Rekaan hadapan…
Pelancaran Motosikal
XMAX 2025 tampil dengan rekaan luaran lebih anggun dan maskulin, disempurnakan dengan ciri-ciri…