Untuk pasaran tempatan, terdapat sehingga empat pilihan warna dan grafik eksklusif yang boleh dipilih, iaitu warna Hijau, Cyan, Kelabu dan juga Biru.

Dari segi spesifikasi, ia masih lagi membawakan nadi silinder tunggal 150 cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa maksimum 15.2 hp @ 8,500 rpm, serta daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm, dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.
Secara standard, Yamaha Y15ZR didatangkan dengan suspensi teleskopik di depan dengan lengan ayun di bahagian belakang, sementara rim pula bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 90/80 di depan dan 120/70 di belakang, dibantu dengan sistem brek cakera depan dan belakang.

Dimensi juga masih lagi sama, dengan ketinggian pelana sekitar 780 mm dan kapasiti tangki bahan api sebesar 4.2 liter.
Harga jualan bermula dari RM8,498. Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.