Yamaha Y15ZR 2020 dengan empat warna, grafik baharu, harga tidak berubah

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan kemaskini terhadap penawaran motosikal moped terkenal, Yamaha Y15ZR.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk model tahun 2020, Yamaha Y15ZR telah diberikan empat warna serta grafik baharu iaitu Matt Titan, Cyan, Red dan juga Blue yang boleh didapati bermula November ini.

 


Tiada sebarang perubahan dibuat terhadap trenkuasa, dan bermakna Yamaha Y15ZR masih kekal dengan enjin sejukan cecair 150 cc yang menghasilkan 15 kuasa kuda dan daya kilas 13.8 Nm digandingkan dengan sistem transmisi lima nisbah kelajuan.

Harga jualan juga kekal tidak berubah, bermula dari RM8,168 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.

 


Setiap pembelian Yamaha Y15ZR akan disertakan dengan kunci cakera brek Yamaha secara percuma bernilai RM100.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu ini, Yamaha Y15ZR SE membawakan skema warna biru baharu, diikuti dengan…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…