Yamaha Y15ZR 2018 GP Edition sempena kejuaraan MotoGP

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan kemaskini terbaharu kepada motosikal paling popular di atas jalan raya Malaysia, iaitu Y15ZR edisi Movistar yang dijangka menemui pasaran tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha Y15ZR GP Edition ini dilayangkan dengan warna perlumbaan rasmi biru Yamaha-Movistar sebagai tanda penyertaan mereka di dalam kejuaraan MotoGP.

 


Tema grafik pada badan motosikal ini diinspirasikan daripada jentera YZF-M1 yang digunakan oleh pelumba Yamaha Factory Racing iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales. 

Setiap pembelian motosikal Y15ZR edisi khas ini akan turut menerima model miniatur Y15ZR GP Edition dan juga jam tangan jenis fitness wristband secara percuma. 

Harga jualan di atas jalan bermula dari RM8,588 tanpa insurans dan cukai jalan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu ini, Yamaha Y15ZR SE membawakan skema warna biru baharu, diikuti dengan…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…