Yamaha XSR900 2022 - jentera retro moden dengan enjin lebih berkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu model Yamaha yang menarik perhatian penulis adalah Yamaha XSR900 yang telah diberikan kemaskini untuk tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal dengan rekaan retro moden ini telah diberikan penambahbaikan dari segi kuasa, rekaan, serta bantuan elektronik untuk memastikan ia lebih seronok untuk ditunggang.
 

xsr900


Malah, rekaan rangka aluminium tersebut diperbuat menggunakan teknik die-cast untuk mengurangkan lagi berat badan jentera ini, dan dalam masa yang sama tidak mengorbankan kekuatan dan kekukuhan struktur rangka.

Menurut Yamaha, XSR900 banyak menampilkan rujukan kepada model-model motosikal lumba Grand Prix era 1980-an seperti rekaan rangka aluminium terdedah, bentuk tangki bahan api serta rekaan keseluruhan jentera ini.
 

xsr900


Selain itu, XSR900 turut menampilkan rekaan penutup fork yang digerudi, pedal brek tempa dan tempat pemijak kaki penumpang yang boleh disembunyikan.

Elemen tersebut diseimbangkan dengan unit lampu LED depan dan belakang, diikuti dengan skrin paparan TFT berwarna penuh 3.5 inci.

Berkongsi nadi yang sama dengan MT-09, enjin tiga silinder CP3 890 cc itu kini berupaya menghasilkan 117 hp dan 94 Nm, terima kasih kepada komponen enjin yang telah direka semula termasuk omboh dan aci engkol.
 

xsr900


Sistem pendikit menggunakan teknologi ride-by-wire, dibantu dengan ciri quick-shift yang membolehkan penukaran gear pantas tanpa menggunakan klac.

XSR900 turut mendapat unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang membolehkan kawalan terhadap cengkaman, kawalan wheelie, kawalan gelongsor, dan cornering ABS.

Yamaha XSR900 2022 boleh didapati bermula April tahun depan dengan harga jualan dari $9,999 (RM42,046).