Yamaha XSR125 untuk Jepun, segak dengan gaya neo retro, RM16 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha XSR125 2023
Yamaha XSR125 2023
Satu perkara yang boleh dijangka dari pengeluar Jepun ialah siri motosikal yang merangkumi pelbagai sesaran enjin.

Contoh terbaru boleh dilihat pada siri XSR yang kini menerima XSR125 ABS dan mula memasuki pasaran Jepun pada 8 Disember.

XSR juga mempunyai dua kutub berbeza iaitu XSR900, XSR700 dan XSR155, XSR125. Seperti biasa, XSR125 membawa konsep neo retro yang dipegang model terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha XSR125 2023

XS sebenarnya merujuk kepada sejarah model jalanan yang bermula dari model empat lejang pertama Yamaha iaitu XS-1 pada 1970.

R mewakili aktiviti perlumbaan sejak Yamaha diasaskan dan dengan itu XSR adalah terjemahan kepada gabungan sejarah model sport dan teknologi canggih syarikat.

Dari segi gaya, blok dan enjin 124cc nampak kecil namun tidak terlalu mencacatkan pandangan XSR kerana mempunyai pelindung di bahagian bawah.

Yamaha XSR125 2023

Satu perkara tentang motosikal begini ialah ruang enjin yang kosong dan bahagian bawah wajib ditutup supaya badan besar tidak canggung dengan enjin kecil.

Pemilihan kerangka dan lengan ayun juga penting dan jujur dikatakan nampak moden untuk sebuah model yang membawa gaya retro.

Dari situ datangnya konsep neo retro dan boleh dimaafkan.

Yamaha XSR125 2023

 

Kerangka delta box yang digunakan dilebarkan dari kanan ke kiri kepada 209 milimeter (mm) dan mempunyai bahan pengukuh bagi menyokong prestasi motosikal.

Perkakasan lain seperti tangki, meter, lampu bulat, pelana dan peredam ekzos mengiku tema retro dan begitu juga rekaan grafik.

Sepit udang depan jenis terbalik mempunyai tiub dalaman 37 mm dan jarak gerakan 130 mm.

Yamaha XSR125 2023

Satu lagi yang nampak moden ialah corak rim bentuk Y. Tayar depan menggunakan saiz 110/70-17M/C 54S dan 140/70-17M/C 66S di belakang.

Dari segi ukuran, XSR125 mempunyai panjang 2,030 mm, lebar 805 mm dan tinggi 1,075 mm. 

Tinggi pelana 810 mm dan jarak kelegaan bumi 170 mm. Berat motosikal 137 kilogram (kg).

Yamaha XSR125 2023

 

Enjin 124cc mempunyai teknologi VVA (Variable Valve) dan menghasilkan 15 ps pada 10,000 rpm dan tork 12Nm pada 8,000 rpm.

Radiator enjin menggunakan sistem pintasan termostat yang menukar laluan cecair penyejukan bergantung kepada suhu cecair.

Faedahnya pada masa pemanasan yang lebih singkat dan menyumbang kepada penjimatan bahan api.

Yamaha XSR125 2023

Satu lagi teknologi moden yang digunakan ialah cekam Assist & Slipper yang melancarkan tunggangan atau semasa memecut dan nyahpecut.

Berkenaan harga, Yamaha XSR125 ABS yang diimport dari Indonesia ditawarkan pada 505,600 yen (RM15,961).

Dengan kebanjiran motosikal sebegini di pasaran tempatan, mungkin ramai yang berminat sekiranya XSR155 atau XSR125 ditawarkan oleh Yamaha.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Yamaha XSR125 2023