Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun, warna coklat baharu, RM15 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun
Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun
Bukan sahaja siri skuter yang mempunyai sesaran sekecil 125, motosikal gaya retro XSR125 pun sama.

Siri XSR terdiri daripada XSR900, XSR700, XSR155 dan XSR125. 

Dengan gaya sebegini dan sejumlah model ditawarkan, XSR dilihat mempunyai potensi untuk disambut baik pengguna tempatan.

Sementara tidak dibawa masuk secara rasmi, mereka yang betul-betul berminat boleh dapatkan unit recond.
Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun

Terbaru Yamaha Motor Sales Co., Ltd. memperkenalkan dua warna baharu untuk XSR125 ABS pasaran Jepun.

Warna coklat menampilkan aura klasik dengan garis pada tangki yang diinspirasikan oleh kereta sport era 1970-an dan 1980-an.

Warna kelabu menampilkan imej tenang manakala warna hitam yang anggun terus ditawarkan.

Yamaha sebelum ini menawarkan warna perak, merah, biru cair dan hitam.

Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun

Perkakasan enjin 125 cc sebenarnya nampak kecil untuk XSR namun ditebus dengan pelindung bawah yang memadatkan rupa keseluruhan.

XSR125 menggunakan enjin 124 cc SOHC VVA satu silinder berkuasa 15 ps pada 10,000 rpm dan tork 12 Nm pada 8,000 rpm.

Enjin menggunakan silinder aluminium Diasil dengan pelesapan haba yang baik dan omboh aluminium tempa.

Teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dilengkapi dua aci kemasukan untuk kelajuan rendah, sederhana dan tinggi.

Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun

Aci bertukar mengikut kelajuan enjin untuk melengkapi lengkung tork, memberikan kuasa pada rpm tinggi dan kawalan yang baik pada kelajuan rendah dan sederhana.

Radiator XSR menggunakan sistem termostat pintasan yang menukar laluan aliran air penyejuk mengikut suhu air.

Teknologi ini memendekkan masa pemanasan dan menyumbang kepada kecekapan bahan api.

Satu lagi ciri menarik pada XSR biar pun bersesaran kecil ialah klac bantuan Assist & Slipper (A&SⓇ) yang membantu dalam penukaran gear.

Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun

Spring klac beban rendah mengurangkan tekanan pada tuil cekam.

Klac A&SⓇ menggunakan dua jenis cam iaitu Assist Cam dan Slipper Cam yang berfungsi mengurangkan kesan back torque semasa penurunan gear.

Sistem ini menyekat brek enjin yang berlebihan, menstabilkan motosikal semasa nyahpecutan dan memberikan kestabilan tunggangan.

Karakteristik slipper direka dengan penekanan pada operasi yang lancar semasa penurunan gear, menyumbang kepada rasa brek enjin yang sesuai untuk tunggangan sporti.

Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun

XSR125 dilengkapi peredam tiga peringkat dan pemangkin tiga hala yang menghasilkan bunyi ekzos yang jelas pada rpm tinggi.

Dengan penyenyap pendek berdiameter besar, reka bentuk ekzos tampil sepadan dengan gaya klasik.

Dari segi casis, XSR menggunakan rangka Deltabox dengan keseimbangan ketegaran longitud, lateral dan kilasan yang sangat baik semasa pecutan, membelok dan membrek.

Fork hadapan menggunakan suspensi terbalik dengan tiub dalam berdiameter 37 milimeter (mm) dan panjang 130 mm.

Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun

XSR menggunakan brek dengan angkup dua omboh pada cakera depan saiz 267 mm.

Dengan pelarasan cengkaman tuil dan kecekapan brek, ia menawarkan daya membrek yang kuat serta kawalan tepat mengikut kehendak penunggang.

Selain itu, bersempena dengan pelancaran model XSR125 ABS 2025, Yamaha turut memperkenalkan Accessory Package XSR125 Low.

Pakej ini direka khas untuk meningkatkan kestabilan penunggang dengan memperbaiki jangkauan kaki sebanyak 30 mm secara keseluruhan.

 

Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun - Aksesori.13
Accessory Package XSR125 Low

 

Pelana Jenis Rendah merendahkan ketinggian sebanyak 10 mm. Lowdown Link mengubah panjang pautan suspensi belakang dan menurunkan ketinggian pelana sebanyak 20 mm.

Yamaha XSR125 ABS 2025 dikeluarkan di Indonesia dan dijual di Jepun pada harga 506,000 yen (RM14,960).

Yamaha XSR125 Low pula berharga 528,000 yen (RM15,608) dan termasuk Pelana Jenis Rendah dan Lowdown Link bernilai 8,250 yen (RM243).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Yamaha XSR125 ABS 2025 Jepun

Spesifikasi Yamaha XSR125 ABS 2025

  • Dimensi: 2,030mm (P) × 805mm (L) × 1,075mm (T)
  • Ketinggian Pelana: 810mm
  • Jarak Roda: 1,325mm
  • Jarak Kelegaan Tanah: 170mm
  • Berat: 137kg

Prestasi & Kecekapan Bahan Api

  • Penggunaan Bahan Api: 60.3km/L (60km/j, 2 penunggang) | 49.4km/L (WMTC, 1 penunggang)
  • Enjin: 124cc, penyejukan cecair, 4-lejang, SOHC, 4-injap
  • Susunan Silinder: Silinder tunggal
  • Nisbah Mampatan: 11.2:1
  • Kuasa Maksimum: 11kW (15PS) @ 10,000rpm
  • Tork Maksimum: 12N·m @ 8,000rpm

Transmisi & Pacuan

  • Kotak Gear: 6-kelajuan
  • Jenis Klac: Basah, multi-plat
  • Sistem Bahan Api: Suntikan bahan api
  • Tangki Bahan Api: 10L (petrol tanpa plumbum biasa)

Casis & Suspensi

  • Rangka: Berlian
  • Kaster/Jejak: 25°30′ / 88mm
  • Suspensi Depan: Teleskopik terbalik
  • Suspensi Belakang: Lengan buai (jenis pautan)

Brek & Tayar

  • Brek Depan/Belakang: Cakera hidraulik tunggal
  • Saiz Tayar (Depan/Belakang): 110/70-17M/C (54S) (Tubeless) / 140/70-17M/C (66S) (Tubeless)

Berita Berkenaan

Berita Global
XS sebenarnya merujuk kepada sejarah model jalanan yang bermula dari model empat lejang pertama…