Yamaha XSR 155 dilancarkan di Indonesia - motosikal retro-moden berharga RM11k

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira empat bulan yang lalu, Yamaha telah memperkenalkan secara rasmi motosikal naked sports di pasaran Thailand, Yamaha XSR 155 yang hadir dengan gandingan rekaan retro moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, tiba giliran negara jiran, Indonesia yang memiliki pasaran motosikal paling maju berbanding Malaysia untuk melancarkan motosikal bersesaran kecil itu. 

Penawaran terbaharu dari Yamaha Indonesia itu boleh didapati pada harga bermula dari ID 36,265,000 (RM10,717 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa). 

 


Membawakan nadi enjin silinder tunggal VVA (Variable Valve Actuation) sejukan cecair yang sama terdapat pada YZF-R15, pihak Yamaha Thailand tidak memberikan sebarang angka kuasa mahupun daya kilas yang dihasilkan oleh motosikal ini.

Namun, atas kertas ia mampu menjana kuasa setinggi 19.3 hp dan juga 14.7 Nm yang dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan. 
 


Rekaan retro moden banyak mempengaruhi rupa luaran motosikal ini, termasuklah rekaan lampu hadapan berbentuk bulat, panel meter digital juga berbentuk bulat serta rekaan pelana tunggal. 

Tangki bahan api pula mampu memuatkan sehingga 10.4 liter petrol.

Casis rangka Deltabox pada motosikal ini dilengkapkan dengan fork hadapan teleskopik dan lengan ayun yang diperbuat daripada aluminium. 
 


Penggunaan tayar dual-purpose yang membaluti rim 17 inci membantu memastikan kuasa tadi disalurkan dengan baik ke jalan raya. 

Untuk pasaran Indonesia, Yamaha XSR 155 datang dengan dua warna iaitu perak dan hitam. 

Jika Boon Siew Honda sudah pun membawa model-model retro moden mereka (menerusi siri CB yang dimulakan oleh CB250R), tiada sebab kenapa Hong Leong Yamaha Motor tidak membawa masuk motosikal ini untuk 'mengacau' segmen bawah 250 cc ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…