YAMAHA XMAX TERIMA KEMASKINI WARNA BAHARU - HARGA DARI RM24,498

oleh Firdaus Razani|
Ruby Red
Hong Leong Yamaha Motor baharu sahaja mengumumkan tawaran warna baharu untuk model skuter 250cc mereka, iaitu XMAX bagi tahun 2024.

Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model NVX ini adalah warna Icon Black dan Ruby Red.

yamaha
Icon Black

 

HLYM turut mengumumkan harga jualan bagi model ini adalah bermula dari RM24,498 tidak termasuk yuran pendaftaran atau insurans.

yamaha

Sebagai tambahan, pemilik XMAX baharu ini juga bakal menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 dengan pembelian mereka.

yamaha

Dari spesifikasi enjin, ia masih dikuasakan oleh enjin satu silinder bersesaran 249cc SOHC yang mampu menjana kuasa output sehingga 22.5 hp @ 7,000 rpm dan daya kilas 24.3 Nm @ 5,500 rpm.

yamaha

Sama seperti sebelum ini, Yamaha Y-Connect dan Garmin StreetCross Connectivity turut hadir di dalam Yamaha XMAX.

yamahayamaha

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Domestik
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Muhammad Syamsi Irwan Hawalit, 47 tahun didakwa menerima…
Berita Domestik
Skuter elektrik ini diperkenalkan di peringkat global pada Januari yang lalu, dan pihak Yamaha…