Yamaha XMAX 250 - laku sampai tiada stok

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hong Leong Yamaha (HLY) mempunyai masalah yang positif - ia tidak mempunyai cukup skuter XMAX 250 untuk dijual.

Tinjauan Careta mendapati kedai-kedai motosikal di seluruh negara sudah kehabisan stok skuter premium itu.

Banyak kedai-kedai itu sekarang hanya mengambil pesanan sahaja dana ada yang menjanjikan stok akan sampai pada penghujung bulan ini.

Namun begitu sumber Careta yang rapat dengan syarikat motosikal itu, HYL tidak dapat memberi kepastian bila stok baharu akan tiba.

Walaupun skuter XMAX 250 dipasang secara tempatan di kilang HLY,  ada komponen utama yang masih diimport.

"XMAX mendapat sambutan yang hebat di Indonesia dan kerana pasaran di sana jauh lebih besar, pastinya Malaysia terpaksa menunggu sedikit," ujarnya.

Hong Leong dikatakan berusaha dengan gigih untuk mengatasi "masalah" ini Careta yakin ia akan diselesaikantidak lama lagi.

Untuk yang sudah menempah XMAX mereka, harap bersabar.

Harga XMAX ialah RM21,225, tidak termasuk cukai jalan dan insuran.

Untuk membaca laporan tunggang uji kami, layari pautan di bawah.

XMAX modern, cantik dan praktikal walaupun perlahan sedikit

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga warna tersebut ialah biru matte, perak matte dan kelabu matte. Kesemuanya menggunakan warna…
Tunggang Uji
Apapun, R15 nyata nampak "laju" walaupun semasa pegun. Tidak banyak ada motosikal 150cc dengan…
Pelancaran
Bertempat di Genting Highlands, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan edisi terbaharu…