Yamaha Xmax 250 2023 rasmi untuk pasaran Malaysia - 2 pilihan warna, ciri navigasi Garmin, harga dari RM23,998

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini telah melancarkan model terbaharu skuter maxi popularnya, iaitu Yamaha Xmax 250 2023 yang kini hadir dengan ciri tambahan tercanggih.

Hadir dengan gaya dan inovasi terkini, Yamaha XMax 250 2023 menampilkan rupa sporty dengan rekaan panel badan serba baharu, serta rekaan bahagian lampu berbentuk 'X' di depan.

 

2

 

Rekaan panel sisi juga telah dikemas kini bagi meningkatkan perlindungan kepada penunggang, bersama penghadang angin tetap (Tidak boleh dilaras).

Xmax 250 2023 kini dilengkapi dengan navigasi Garmin dan Yamaha Y-Connect, di mana ia menawarkan navigasi dan sambungan telefon pintar yang lancar.

 

3

 

Pemilik boleh menggunakan navigasi Garmin secara percuma dengan memuat turun aplikasi StreetCross, di mana paparan navigasi akan ditunjukkan dalam instrumen TFT 4.2 inci baharunya.

Keselesaan menunggang juga dipertingkatkan dengan penggunaan tempat duduk yang lebih langsing, memberikan perjalanan jauh yang lebih menyeronokkan.

 

5

 

Dari segi kuasa, Xmax 250 2023 masih dikuasakan oleh enjin EURO4 250 cc Blue Core yang menghasilkan 22.5 HP dan 24.3 Nm.

Yamaha XMax 250 2023 hadir dengan 2 warna baharu, iaitu Max Silver dan Icon Blue dengan harga yang disyorkan bermula dari RM23,998 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia membawakan perubahan dari segi rupa paras, di mana elemen rekaan 'Darth Vader' pada skuter…