Yamaha XMAX 2023 muncul di Eropah, varian Tech Max lebih canggih!

oleh Mohamad Hanif|
Skuter Yamaha yang paling laris terjual XMAX kini mendapat kemaskini penawaran untuk model tahun 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia membawakan perubahan dari segi rupa paras, di mana elemen rekaan 'Darth Vader' pada skuter terdahulu telah dikemaskan lagi dengan imej lampu berbentuk X pada muka depan.
 

XMAX


Tema yang sama turut dibawakan pada bahagian lampu belakang.

Jika anda perasan, kedudukan lampu membelok hadapan pada model baharu ini sebenarnya telah dianjak naik ke bahagian dasar cermin penghadang angin, berbanding posisi bawah pada model terdahulu.

Perubahan ini menjadikan rupa XMAX jauh lebih mahal, sesuai dengan imejnya sebagai skuter maxi.
 

XMAX


Dari segi kuasa, XMAX 300 masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal 292 cc yang berupaya menjana 27.6 hp @ 7,250 rpm dan daya kilas 29 Nm @ 5,750 rpm.

Terdapat dua pilihan skrin paparan, di mana versi standard didatangkan dengan skrin LCD 4.3 inci yang menyokong sambungan kepada aplikasi peranti pintar.
 

xmax


Varian yang lebih lengkap Tech Max pula mendapat naiktaraf skrin TFT berwarna penuh 4.2 inci, dipadankan dengan skrin tambahan 3.2 inci LCD yang memaparkan informasi seperti papara kelajuan dan tolok bahan api.

Selain memaparkan notifikasi, ia juga turut menyokong paparan navigasi Garmin. Canggih!
 

XMAX


Selain daripada naiktaraf skrin, varian Tech Max turut dilengkapi dengan pelana balutan seakan kulit, pelapik kaki aluminium, serta kemasan kilat semi metalik pada sesetengah komponen plastik bagi menjadikan rupa yang lebih eksklusif.

Ciri kelengkapan lain masih lagi sama seperti penawaran terdahulu, seperti ruang simpanan yang luas, fork teleskopik dan penyerap hentak berkembar di belakang, ciri ABS dua saluran, serta ciri kawalan cengkaman.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Skuter tersebut dikuasakan dengan nadi dua silinder sebaris bersesaran 550.4 cc yang mampu…
Model Terbaharu
Seperti yang diketahui, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah dilantik sebagai pengeluar dan pengedar…
Pelancaran Motosikal
Terdapat dua varian ditawarkan, iaitu 350D dan 350E, di mana kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin…