Yamaha XMAX 2022 dapat dua warna baharu, harga dari RM22,298

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor baru-baru ini melancarkan penawaran dua warna baharu untuk skuter Yamaha XMAX 2022, iaitu warna merah dan hijau kusam.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Ia adalah kemaskini kali kedua pada tahun ini selepas pihak HLYM memperkenalkan warna Icon Grey dan Power Grey untuk skuter popular itu pada bulan Mac yang lalu.
 

XMAX


Yamaha XMAX dengan warna baharu itu boleh didapati di kesemua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 23 Ogos 2022, dengan harga jualan bermula dari RM22,298, naik sedikit berbanding harga terdahulu RM21,998.

Skuter itu dijana dengan enjin silinder tunggal 250 cc menghasilkan 22.5 hp @ 7,000 rpm dan 24.3 Nm @ 5,500 rpm itu kini mematuhi piawaian pelepasan emisi Euro4, dipadankan dengan kotak gear automatik dan pacuan tali sawat V.

 


Spesifikasi XMAX 2022 masih lagi sama, tiada sebarang perubahan daripada segi kelengkapan yang dibawakan pada skuter maxi bersesaran 250 cc itu.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dijenamakan semula daripada model Longjia XDV 250Si, WMOTO XDV 250i ini membawakan enjin silinder…
Pelancaran Motosikal
Skuter ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang sejukan udara bersesaran 124 cc yang…
Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 157 cc dengan teknologi eSP+ (enhanced Smart Power Plus)…