Yamaha X-Max 250 2022 dikemaskini dengan warna baharu, harga RM21,998

oleh Mohamad Hanif|
Skuter 250 cc popular Yamaha X-Max 250 2022 telah diberikan sedikit kemaskini oleh Hong Leong Yamaha Motor dengan membawakan pilihan warna baharu Icon Grey dan juga Power Grey.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada warna baharu, Yamaha X-Max 250 turut diberikan perubahan pada perumah lampu membelok dengan efek asap serta rekaan kunci serba baharu.
 

xmax


Enjin silinder tunggal 250 cc menghasilkan 22.5 hp @ 7,000 rpm dan 24.3 Nm @ 5,500 rpm itu kini mematuhi piawaian pelepasan emisi Euro4, dipadankan dengan kotak gear automatik dan pacuan tali sawat V.

Harga jualan untuk skuter X-Max 250 2022 turut meningkat sedikit, di mana ia kini bermula dari RM21,998, tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.