Yamaha X Force ABS 2022 - skuter 155 cc VVA, 15 PS/13.7 Nm, dari RM12.9k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, Yamaha baharu sahaja melancarkan sebuah skuter yang dinamakan sebagai X Force ABS 2022 dengan menggunakan konsep 'Master of Street Scooter'.

Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 155 cc sejukan cecair dengan teknologi VVA, X Force mampu menghasilkan kuasa setinggi 15 PS dan daya kilas 13.7 Nm.

Selain daripada itu, enjin ini turut menggunakan komponen seperti silinder offset, piston tempa serta silinder DiASil untuk menjadikannya lebih cekap, dibantu dengan fungsi 'smart motor generator' untuk penjimatan bahan api yang lebih baik dan permulaan enjin yang lebih senyap.
 

Yamaha


Untuk tunggangan yang lebih selamat, X Force ini turut didatangkan dengan ciri kawalan cengkaman bagi mengurangkan kesan gelinciran tayar belakang terutama di atas jalan yang basah.

Segala informasi penting seperti kelajuan, putaran enjin, tolok bahan api, meter perjalanan dipaparkan menerusi skrin paparan LCD digital di mana ia juga boleh dipautkan kepada peranti pintar menerusi aplikasi Yamaha Motorcycle Connect.

Menerusi aplikasi ini pemilik boleh mendapatkan info berkenaan pengurusan servis berkala, penggunaan bahan api, serta kedudukan tempat parkir motosikal terakhir.
 

X Force


X Force turut menawarkan ruang storan sebesar 23.2 liter dibawah pelana diikuti dengan dua cangkuk helmet dan slot pengecasan USB 5V.

Kapasiti tangki adalah sebesar 6.1 liter yang membenarkan jarak tunggangan sejauh 250 km dengan kadar penggunaan bahan api 40.9 km untuk setiap liter.

Harga jualan Yamaha X Force ABS 2022 bermula dari 396,000 yen (RM12,968), jauh lebih murah dibandingkan dengan Honda ADV150 (451,000 yen atau RM14,769).

Sumber: Young Machine

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Skuter ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang sejukan udara bersesaran 124 cc yang…
Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 157 cc dengan teknologi eSP+ (enhanced Smart Power Plus)…
Pelancaran Motosikal
Boleh didapati dalam dua sesaran enjin yang berbeza, harga jualan Italjet Dragster 125 bermula dari…