Yamaha Vinoora 125cc - skuter comel untuk pasaran Taiwan

oleh Mohamad Hanif|
Penulis masih ingat saat kali pertama menjejakkan kaki ke Taiwan beberapa tahun yang lalu, pasaran sana banyak dikuasai oleh skuter jika dibandingkan dengan pasaran kita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk merancakkan lagi pasaran skuter di sana, Yamaha telah membawakan sebuah model skuter yang comel, dinamakan sebagai Yamaha Vinoora.

Skuter 125 cc ini menggunakan enjin silinder tunggal dengan teknologi EFI yang digandingkan dengan transmisi CVT dan pacuan tali sawat.

 


Dengan fungsi tambahan seperti start-stop dan kapasiti tangki bahan api sebesar 4 liter, skuter ini mampu menawarkan kadar penggunaan bahan api serendah 1.73 liter untuk setiap 100 km.

Antara ciri menarik pada skuter ini adalah muka hadapan seakan sebuah robot kartun dengan lampu LED berkembar, manakala lampu belakang juga menggunakan LED.

 


Skuter ini dilengkapi dengan fork teleskopik dan penyerap hentak tunggal belakang, sementara aspek pemberhentian diserahkan kepada brek cakera hidraulik hadapan dan dram mekanikal di bahagian belakang.

Yamaha juga turut memasang slot pengecasan USB, storan bawah pelana untuk kemudahan tunggangan seharian.

 


Terdapat sehingga empat warna pilihan diberikan, sementara varian yang lebih tinggi Vinoora M pula datang dalam skema warna hitam matte, kemasan lampu utama, rel pemegang untuk pembonceng serta pelindung pelana plush brown.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…