Yamaha Tracer 900 GT dengan dua warna baharu - harga kekal dari RM59 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi yang dibuat pada awal tahun 2019, pihak Hong Leong Yamaha Motor mengemaskini penawaran motosikal Yamaha Tracer 900 GT dengan dua warna baharu, iaitu warna Reddish Copper dan Midnight Silver.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pun begitu, spesifikasi asal motosikal kembara ini tetap tidak berubah, dan masih mengekalkan penggunaan enjin tiga silinder sebaris bersesaran 847 cc yang menghasilkan 115 PS dan 87.5 Nm.

 


Sistem transmisi pula adalah jenis manual enam nisbah kelajuan yang memacu roda belakang, serta dilengkapi dengan ciri brek ABS, slipper clutch dan quick shift untuk perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan.

Sistem suspensi hadapan didatangkan dengan ciri boleh laras sepenuhnya manakala untuk bahagian belakang, ia juga dimuatkan dengan ciri boleh laras dengan pelaras pra-muatan dan fungsi kawalan jauh.

 


Ia memberikan jarak kelegaan tanah minimum 135 mm, selain diberikan fungsi-fungsi praktikal seperti kawalan pelayaran, penghadang angin boleh laras, pemegang dengan sistem pemanas terbina dalam, serta skrin paparan instrumen TFT.

Harga jualan atas jalan pula tidak berubah, dah masih kekal dengan harga cadangan bermula dari RM58,888 tanpa insurans.

 


Setiap pembelian Yamaha Tracer 900 GT akan didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu), serta percuma pengunci cakera brek bernilai RM200.