Yamaha Tracer 9 GT - harga jualan dari RM69,498

oleh Mohamad Hanif|
Setelah diperlihatkan beberapa bulan yang lalu, Hong Leong Yamaha Motor akhirnya mendedahkan harga jualan rasmi bagi model baharu Yamaha Tracer 9 GT Sports Touring, bermula dari RM69,498.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tracer 9 GT baharu ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 889 cc yang mampu menjana 117 hp @ 10,000 rpm, serta daya kilas 93.0 Nm @ 7,000 rpm, peningkatan kuasa yang jauh lebih tinggi berbanding model Tracer 900 GT yang terdahulu.
 

Tracer


Aspek tunggangan dibantu dengan unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang merangkumi tiga komponen iaitu sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem kawalan gelinciran (SCS) dan sistem kawalan LIFt tayar depan (LIF).

Tidak ketinggalan, sistem jelajah yang boleh digunakan pada kelajuan sekurang-kurangnya 50 km/j dalam posisi gear keempat atau lebih tinggi untuk tunggangan yang lebih memudahkan.
 

Tracer


Dengan menggunakan sistem gantungan elektronik KYB, tahap ketinggian jentera ini boleh diubah mengikut fizikal penunggang.

Ia juga hadir dengan kelengkapan seperti unit lampu LED penuh, lampu membelok LED, serta skrin paparan TFT berkembar 3.5 inci yang amat mudah untuk dibaca.
 

Tracer


Yamaha Tracer 9 GT 2022 boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha Big Bike bermula 25 November 2021 dengan pilihan warna Icon Performance atau Redline.

Setiap pembelian akan disertakan dengan kunci brek cakera, manakala 300 orang pembeli pertama akan mendapat kantung kunci daripada Royal Selangor.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Tracer 9 GT dengan dua pilihan warna tersebut boleh didapati di semua pengedar Yamaha Big Bike di…
Berita Global
Untuk makluman, Yamaha Tracer 9 GT+ masih dikuasakan enjin tiga silinder sebaris 890 cc CP3 sejukan…