Yamaha Tracer 9 GT 2023 - warna baharu Pure White, Midnight Black, RM70k

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan dua pilihan warna baharu untuk motosikal Yamaha Tracer 9 GT 2023, iaitu Pure White & Midnight Black.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tracer 9 GT dengan dua pilihan warna tersebut boleh didapati di semua pengedar Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula 16 Jun 2023, dengan harga jualan RM69,998 atas jalan tidak termasuk pendaftaran dan insurans.
 

tracer


Dari segi kuasa, ia mengekalkan enjin tiga silinder sebaris 889 cc yang mampu menjana 117 hp @ 10,000 rpm, serta daya kilas 93.0 Nm @ 7,000 rpm.

Aspek tunggangan dibantu dengan unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang merangkumi tiga komponen iaitu sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem kawalan gelinciran (SCS) dan sistem kawalan LIFt tayar depan (LIF), diikuti dengan sistem kawalan jelajah.
 

tracer


Tracer 9 GT juga turut dilengkapi dengan sistem gantungan elektronik KYB, unit lampu LED penuh, lampu membelok LED, serta skrin paparan TFT berkembar sebesar 3.5 inci setiap satu.

Setiap pembelian Yamaha Tracer 9 GT 2023 akan didatangkan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…