Yamaha Tracer 9 GT+ 2023 kini lebih canggih - ciri ACC, quickshifter, skrin TFT tujuh inci

oleh Mohamad Hanif|
Yamaha mengemaskini penawaran model Tracer 9 GT untuk tahun 2023, di mana model sports tourer itu kini didatangkan dengan varian paling canggih Tracer 9 GT+.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Untuk makluman, Yamaha Tracer 9 GT+ masih dikuasakan enjin tiga silinder sebaris 890 cc CP3 sejukan cecair yang mampu menjana kuasa 119 PS @ 10,000 rpm dan daya kilas 93 Nm @ 7,000 rpm.
 

9 GT+


Kehadiran "+" itu sebenarnya memberikan petunjuk bahawa ini merupakan model Yamaha yang paling maju pernah dibangunkan secara teknikalnya.

Ciri yang membezakan Tracer 9 GT+ dengan model standard adalah kehadiran kawalan jelajah adaptif (ACC), ciri pertama untuk sebuah Yamaha.
 

brek


ACC ini dikatakan mampu untuk mengawal brek enjin, serta sistem Unifed Braking System (UBS) berasaskan radar untuk mengekalkan jarak dengan kenderaan hadapan, serta bantuan di selekoh untuk mengelakkan pecutan yang tidak dijangka.

Sistem suspensi elektronik semi-aktif KYB Actimatic Damper System (KADS) juga boleh diserasikan dengan ACC bagi menawarkan tunggangan yang selesa sepanjang perjalanan.
 

Tracer


Menariknya, walaupun sistem ACC diaktifkan, penunggang boleh membuat penukaran gear pantas tanpa klac dengan menggunakan ciri quickshifter generasi ketiga - model Yamaha pertama yang dilengkapi ciri seumpama ini.

Ciri Unified Braking System itu mempunyai beberapa ciri unik seperti:

  • Bantuan Brek - diaktifkan sekiranya terdapat kebarangkalian berlaku pelanggaran
  • Bantuan brek depan/belakang - mengawal agihan daya brek secara elektronik pada kedua-dua roda untuk mengekalkan nyahpecutan yang stabil
  • kawalan brek selekoh - melaraskan daya brek pada kedua-dua roda semasa mengambil selekoh untuk mengelakkan gelinciran semasa jentera disendengkan

 

Tracer


Skrin paparan TFT 7 inci berwarna penuh itu menawarkan info yang mudah untuk dibaca, slot USB-A untuk sambungan kepada peranti pintar, serta akses kepada sistem pemetaan Garmin Navigation.