Yamaha Tracer 250 cc bakal dilancarkan?

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Visor Down
Harus diakui, tidak banyak model motosikal genre adventure touring (atau skuter kembara) yang ditawarkan untuk segmen bersesaran 250 cc dah ke bawah.

Dan apabila salah sebuah daripadanya muncul, ia bakal menjadi rebutan hangat lihat sahaja pada sambutan yang diterima pada model-model seperti Kawasaki Versys-X 250 serta skuter kembara acah Honda ADV 150.

Untuk pasaran India, Yamaha telah pun mula mendaftarkan tanda dagangan Tracer sekaligus menandakan kemunculan buat kali pertama model tersebu di pasaran sana.

Harus diingatkan bahawa Yamaha India tidak pernah memasarkan jentera bersesaran 250 cc dan ke atas (untuk model-model MT dan R), jadi pendaftaran tanda dagang Tracer ini dilihat mungkin lebih tertumpu kepada segmentasi motosikal 250 cc utuk negara tersebut.

Ini merupakan satu perkembangan menarik kerana keluarga Tracer yang ada pada ketika ini hanya terdiri daripada dua buah varian sahaja, iaitu Tracer 7 (700 cc) dan Tracer 9 (900 cc).

Apapun, kita nantikan sahaja pengumuman terbaharu daripada pihak Yamaha berhubung kehadiran model Tracer 250 cc ini.

Sumber: Visor Down

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Antara pembaharuan utama yang ditawarkan oleh TMAX Tech Max 2025 termasuk: Rekaan hadapan…
Pelancaran Motosikal
XMAX 2025 tampil dengan rekaan luaran lebih anggun dan maskulin, disempurnakan dengan ciri-ciri…
Berita Global
Terbaru Yamaha Motor Sales Co., Ltd. memperkenalkan dua warna baharu untuk XSR125 ABS pasaran…